|
MAKLUMAT PENTING BERKAITAN PEMBELIAN :
- Anda dinasihatkan menggunakan capaian internet berkelajuan tinggi
supaya tidak membantutkan proses pembelian dan tempahan yang sedang
berjalan.
- E-mel yang diberikan mestilah berkemampuan menampung pemindahan
fail dan akaun e-mel yang diberikan mestilah akaun yang aktif.
- Kami akan menghantar invois pembelian produk anda melalui alamat
e-mel yang diberikan.
- Kami akan menghantar kepada anda e-mel atau iklan terbaru produk
kami kepada anda dari masa ke semasa.
PEMBELIAN ONLINE :
- Semua harga yang dipaparkan adalah harga NASRAGRO.COM dalam
Ringgit Malaysia.
- Pembelian secara on-line terbuka kepada semua orang dan anda
bolehlah rujuk promosi terkini yang kami tawarkan dari masa ke
semasa.
- Pastikan maklumat yang diberikan adalah betul dan perlu ada
penerima yang akan menandatangani pengesahan pesanan anda diterima.
Ini adalah bagi memastikan pesanan anda diterima pada masanya.
Kelewatan disebabkan masalah ini adalah tanggungjawab anda.
- Perubahan tidak akan dilayan selepas penghantaran dibuat. Kami
hanya dapat memberikan nombor rujukan pos untuk pertanyaan status.
- Proses penghantaran biasanya akan mengambil masa 2-3 hari bekerja
bagi Semenanjung Malaysia dan 3-5 hari bekerja bagi Malaysia Timur
setelah tempahan yang dibuat disahkan pembayarannya. Kami akan
memaklumkannya melalui e-mel/sms apabila produk telah dihantar
kepada anda.
POLISI PEMULANGAN PRODUK :
- Semua produk yang didagangkan adalah terpelihara di bawah Akta
Hak Cipta serta terjamin mutu dan kualitinya.
- Produk yang telah dibeli tidak boleh dikembalikan. Pesanan yang
dihantar telah dipastikan dalam keadaan elok dan baik. Sila pastikan
pesanan anda diterima dalam keadaan baik. Sebarang kerosakan pesanan
perlu diberitahu dengan segera selepas penerimaan. Sekiranya pesanan
telah rosak disebabkan kecuaian kami, kami akan menggantikannya
dengan segera. Jika selepas 2 hari, kami mengganggap kerosakan
itu bukan kesilapan kami.
KOS PENGHANTARAN PRODUK :
- Bermula dari RM 10.00 bagi Semenanjung Malaysia (mengikut berat
pesanan).
- Bermula dari RM 15.00 bagi Sabah (mengikut berat pesanan).
- Bermula dari RM 12.00 bagi Sarawak (mengikut berat pesanan).
- Sila rujuk promosi terkini kami, terkini kami menawarkan PENGHANTARAN
PERCUMA bagi pembelian RM100.00 ke atas.
PANDUAN :
- Kami juga menjalankan pembelian secara offline melalui pembayaran
tunai, cek, kiriman wang, atau wang pos (produk hanya dihantar
setelah bayaran disahkan).
- Sila baca dan fahami setiap arahan yang tertera ketika membuat
pembelian dan tempahan secara online.
- Kami mengucapkan ribuan terima kasih di atas kesudian anda menggunakan
produk kami dan membeli secara online.
Rujuk laman Cara Pembayaran untuk maklumat
berkaitan.
Terima Kasih,
NASRAGRO.COM
|