|
Nasr Agroprocessing Sdn Bhd ialah
syarikat milik sepenuhnya bumiputera yang bergiat sebagai "incubatee"
di Pusat Pemprosesan Halwa Buah-buahan dan Herba, MARDI Bukit Tangga,
Bukit Kayu Hitam, Kedah.
Syarikat ini telah didaftarkan pada 29 Disember 2003 dan diusahakan
oleh pengarah eksekutif, Hajah Noridah Husin bersama-sama rakan
kongsinya Haji Masror Hj Dolah dan ditunjangi dengan bahagian produksi
yang dikendalikan oleh Haji Samsudin Md Ali.
Nasr Agroprocessing Sdn Bhd telah beroperasi sejak
Januari 2004 lagi dan bersedia menjalankan kerja-kerja membekal,
mengedar dan menjual mengikut permintaan dari semasa ke semasa melalui
syarikat pemasaran kami Nasr Services, di alamat: No. 9-1B,
Tingkat 1, Jalan SR 6/1, Seksyen 6, Serdang Raya, 43300 Seri Kembangan,
Selangor Darul Ehsan.
Fokus kegiatan syarikat kami khusus dalam pembangunan
keluaran rumusan berdasarkan HALIA.
Matlamat program ialah menjadi pembekal dan
pengeluar rangkaian rumusan yang dikategorikan "ginger-based
confectionery, beverage, functional food".
Produk Mister Ginger terkini keluaran Nasr
Agroprocessing Sdn. Berhad yang kini berada di pasaran adalah berjenama
"Mister Ginger" dipaketkan dalam pelbagai saiz untuk memenuhi
permintaan pelbagai tujuan.

|