|
Apa Itu Halia?
Halia,
nama botaninya ialah Zingiber officinale Ross. Dalam bahasa Sanskrit
disebut singebera; orang Yunani (Greek) menyebutnya zingiberi; bahasa
Latin zingiber. Dan, dalam bahasa Arab dikenali sebagai zanjabil.
Halia ialah sejenis tanaman purba. Zingiber ertinya
sesuatu yang berbentuk tanduk, ini mungkin ada kaitan dengan bentuk
rizom atau umbisinya. Asal usul tanaman halia tidak dapat dipastikan.
Ada yang mengatakan tanaman halia berasal dari dataran Asia Tropika,
yang merangkumi India hingga ke China. Dengan itu adalah dipercayai
bahawa masyarakat India dan China adalah yang mula-mula menggunakan
halia. Terdapat juga kenyataan yang mengatakan halia berasal dari
Amerika Selatan.
Halia juga merupakan salah satu jenis rempah-ratus
yang bukan sahaja digunakan dalam masakan timur dan barat, malah
antara rempah yang terpenting diperniagakan di dunia. Di samping
itu, halia tergolong dalam kategori ubat-ubatan tradisional Melayu
yang dikatakan dapat membantu menghadamkan makanan, melegakan perut
yang senak, menguatkan tenaga batin, dan membuang angin berlebihan
yang terdapat di dalam usus kecil dan besar. Halia juga bersifat
karminatif dan stimulan.
- Tanaman Halia merupakan sejenis tumbuhan
yang dikenali sebagai sayur-sayuran dan ditanam untuk dijadikan
sebagai tanaman bahan makanan yang digemari ramai.
- Halia atau nama saintifiknya Zingiber
officinale dari keluarga zingiberaceae kaya dengan kandungan kalium
(125 miligram), fosforus (63mg) dan kalsium tenaga (52 kilokalori)
selain protein, karbohidrat, gentian,
vitamin C dan niasin.
- Halia mempunyai aroma yang menyegarkan
serta rasa pedas yang menghangatkan.
- Halia juga menaikkan keharuman aroma makanan
dengan aromanya yang tersendiri.
- Produk ini boleh dimakan sebagai pencuci
mulut atau sebagai manisan. Selain
itu juga Halia digunakan dalam pembuatan kuih-muih, biskut, puding
dan sebagainya.
- Mengikut Peraturan 229 dalam Peraturan
Makanan 1985, halwa boleh mengandungi bahan pengawet yang di benarkan.
- Penghalwaan adalah satu kaedah mengawet
dengan menggunakan gula. Prinsip
asas penghalwaan ialah penyerapan gula ke dalam buah secara perlahan-lahan.
Proses ini bermula dengan bahagian
buah direndam dalam sirap gula di mana kandungan gulanya ditambah
setiap hari (secara manual) hingga tahap di mana kepekatan gulanya
mencapai 60° Brix.
- Selain daripada halwa, halia juga berpotensi
dijadikan pelbagai produk makanan seperti minuman, sos, jem, marmalade,
manisan dan sebagainya.
Khasiat Halia
- Menghadamkan makanan.
- Membuang angin yang berlebihan yang terdapat
di dalam usus kecil dan usus besar.
- Mengawal beberapa penyakit seperti demam, batuk,
migrin, sakit gigi, sakit tulang, senggugut dan sesak dada.
- Halia juga bersifat karminatif, stimulant dan
pembunuh kuman jika diambil sebagai ubat.
- Diguna segar sebagai bahan masakan.
- Diproses menjadi minyak dan hasil ekstrak oleoresin.
- Minyak halia digunakan sebagai bahan perasa
minuman buah-buahan, confectionary, kosmetik dan ubatan.
- Oleoresin pula digunakan sebagai bahan
perasa minuman berbentuk ubatan.
- Ubat-ubatan berasaskan halia dipercayai boleh
mengawal penyakit demam, batuk, sesak dada, kekejangan otot, migrain,
senggugut, sakit kepala, sakit gigi, sakit tulang, sakit perut
dan masalah sistem penghadaman.
Secara tradisional, halia banyak digunakan
untuk menyembuhkan beberapa jenis penyakit seperti :
- kurang nafsu makan
- membuang angin berlebihan dalam badan
- pening/loya
- batuk
- kembung perut
- muntah
- menghangatkan badan
- membantu penghadaman
- taun
- cirit-birit
- penawar racun
|